Friday, November 28, 2008

untuk renungan bersama... baca jng tak baca...

sekumpulan siswa kelas geografi sedang mempelajari 7 keajaiban dunia. Pada awal pembelajaran mereka diminta menyenaraikan apa yg mereka fikirkan '7 keajaiban dunia' saat ini. sebahagian pelajar menyenaraikan:

1. piramid
2. taj mahal
3.tembok besar china
4.menarapisa
5.kuil angkor
6.menara eiffel
7.kuil parthenon

ketika mengumpulkan senarai pilihan, guru tersebut memerhatikan seorg pelajar yg pendiam yg belum menghantar senarainya,guru terbabit bertanya adakah dia mempunyai kesulitan dengan senarai itu.

pelajar itu menjawab 'ya sedikit, saya tidak tahu memlihnya kerana terlalu banyak'. guru itu berkata 'beritahu kepada kelas apa yg awak miliki dan kita semua dpat membantu memilihnya'.

pelajar itu itu membaca....'7 keajaiban dunia adalah:

1. boleh MELIHAT
2. boleh MENDENGAR
3. boleh MENYENTUH
4. boleh MENCINTAI
5. boleh MERASAKAN
6. boleh KETAWA
7. boleh MENANGIS

ruang kelas hening seketika....alangkah mudahnya kita melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya 'keajaiban'. Sementara kita lihat semua yg telah ALLAH kurniakan untuk kita dan menyebutnya sebagai 'benda biasa'. semoga anda pada hari ini diingatkan tentang segala hal yg betul2 ajaib dalam kehidupan anda.

No comments: